IQNA

Hakikat bertawasul kepada orang-orang soleh dalam Al-Quran

15:18 - May 01, 2022
Berita ID: 3101038
TEHRAN (IQNA) - Tawasul bermaksud perantaraan sesuatu untuk Allah mempercepatkan terkabulnya doa. Atas sebab ini, dalam beberapa ibadah Lailatul Qadr, memohon ampun kepada Tuhan disertai dengan bertawasul

Hakikat bertawasul kepada orang-orang soleh dalam Al-QuranLaporan IQNA; Tawasul adalah salah satu konsep utama yang dipertimbangkan dalam berdoa untuk mempercepatkan terkabulnya doa. Dalam Tawasul, manusia yang soleh menjadi perantara untuk memohonkan keampunan daripada Allah (SWT) dan menjadi perantara dalam doa dan munajat. Sehubungan itu, salah satu ibadah yang dianggap penting pada Malam Kemuliaan Al-Qadar ialah bersumpah dengan kedudukan atau maqom AhlulBait (as) untuk memohon keampunan. Tetapi adakah Al-Quran mengesahkan konsep sedemikian?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah (wasilah) yang boleh menyampaikan kepadaNya dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." (Qs, Al-Maaidah 5:35).

Tawasul bermaksud pendekatan sesuatu kerana minat dan kelekatan. Oleh itu, perkataan «وسیله» dalam ayat ini mempunyai pengertian yang luas dan merangkumi apa-apa pekerjaan dan apa sahaja yang mendekatkan manusia kepada Allah. Ayat Al-Quran:

قَالُوا يَا أَبَانَا اسْتَغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا إِنَّا كُنَّا خَاطِئِينَ

Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Mintalah ampun bagi kami akan dosa-dosa kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah". (Qs, Yusuf 12:97).

Berdasar ayat ini, meminta kepada orang lain untuk memohonkan keampunan Allah (SWT) bukan sahaja tidak bertentangan dengan tauhid, tetapi merupakan satu cara untuk mencapai rahmat Allah, jika tidak, bagaimana mungkin Nabi Yaaqub (as) menerima permintaan keampunan anak-anaknya dan menjawab secara positif tawasul mereka? Ini menunjukkan bahawa memohon kepada wali-wali adalah dibenarkan dan menentangnya adalah tanda kejahilan terhadap Al-Quran atau prasangka palsu yang menghalang kebenaran daripada ajaran Al-Quran.

Peranan keteladanan pemimpin agama dalam membimbing manusia

Penekanan kepada jalan Tawasul adalah penting kerana orang yang beriman dapat memberi tumpuan perhatian kepada pepilihan terhadap pemimpinnya dan panduan di jalan untuk mendekati Tuhan. Pilihan sedemikian, selain menjadi ikatan emosi dan sarana pengampunan dan pemenuhan doa, juga menjadi pemberi corak hidayah dan bimbingan.

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللَّهِ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا

"Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Qs, An-Nisaa' 4:64).

Ayat ini juga secara jelas mengatakan bahawa pergi-mendatangi Nabi (saw) dan meletakkannya sebagai pemberi syafaat dan pengantaraan kepada Allah (SWT) yang syafaatnya adalah berkesan bagi orang yang berdosa.

captcha