IQNA

Empat model keluarga dalam Al-Quran sebagai pengajaran

9:03 - May 10, 2022
Berita ID: 3101060
TEHRAN (IQNA) - Al-Quran memperkenalkan empat jenis keluarga sebagai model teladan dan ibrah - pengajaran, dalam bentuk memperkenalkan kepentingan keluarga dan peranan ibu bapa sebagai dua paksi dan tonggak utama pembentukan keluarga dari perspektif Ilahi.

Laporan IQNA; Jenis keluarga pertama, yang merupakan keluarga yang paling agung, corak ini telah muncul dalam kewujudan suci Amirul-Mukminin Ali (as) dan Hazrat Fatimah Zahra (as). Kedua-dua bangsawan ini sehaluan dan pada masa yang sama dalam amal dan dalam tahap kebaikan dan kesucian yang tertinggi - Banyak sekali ayat Al-Quran yang mengisahkan keduanya dan berkaitan dengan mereka asbab turunnya - contoh surah Al-Insan, Al-Kauthar, ayat Ahlulbait suci, ayat upah risalah kenabian Baginda Muhammad (SAW) dll.

Hasil daripada pernikahan dua paksi teladan ini adalah lahirnya anak-anak terbaik dalam sejarah umat manusia, Imam Hassan (as) dan Imam Hussein (as).

Satu lagi jenis keluarga, yang diperkenalkan sebagai pelajaran dalam Al-Quran, adalah bertentangan dengan model pertama, lelaki dan wanita dari keluarga ini berada di puncak kedengkian dan di jalan yang salah, dan mereka sama seperti satu sama lain dalam kejahatannya. Dua orang ini ialah Abu Lahab dan isterinya, yang diperkenalkan oleh Al-Quran sebagai dua orang yang kejam dalam satu surah dikhaskan untuk mereka, dan mereka telah dilaknat oleh Tuhan Yang Maha Esa selama-lamanya.

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ ﴿۱﴾

"Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia"! 

وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ ﴿۴﴾

"Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api." (Qs,Al-Masad / Al-Lahab 111:1 & 4)

Keluarga ketiga adalah milik lelaki yang baik dan wanita yang jahat. Dalam hal ini, Al-Quran memperkenalkan isteri Luth dan isteri Nuh. Isteri Luth dan isteri Nuh tidak mengalami kerosakan akhlak, tetapi mereka mempunyai kerosakan pendapat dan bertentangan dengan pendapat Nabi (as).

Keluarga keempat adalah diperankan oleh lelaki yang jahat dan wanita yang baik, yang mana Firaun dan isterinya adalah sebagai contoh model ini; wanita ini dapat mengekalkan Imannya kepada Tuhan Yang Maha Esa, dalam rumah Firaun, seorang zalim dan penjahat serta kafir.

Jika Al-Quran memperkenalkan empat jenis keluarga ini sebagai model dan pengajaran, itu menunjukkan kepentingan keluarga dan peranan ibubapa sebagai dua paksi dan tonggak utama pembentukan keluarga dari sudut pandangan Ilahi yang dinyatakan oleh ayat-ayat Al-Quran.

Selain pola-pola tersebut, nasihat yang berulang kali diungkapkan dalam ayat-ayat Al-Quran ialah tentang peranan dan status ibu dan bapa. Al-Quran, setelah menasihati untuk menunaikan solat, menyuruh hamba-hambanya yang beriman supaya berbuat baik dan berlaku hormat kepada ibubapa mereka.

* Diambil dari ucapan Syed Kazim Tabatabai, Imam Jumaat Kashmar, salah satu kota bahagian timur Republik Islam Iran.

captcha