IQNA

Kaabah memakai pakaian ihram + video & gambar

8:56 - June 21, 2022
Berita ID: 3101183
TEHRAN (IQNA) - Pada tahun ini, Rumah Suci Allah, Kaabah lebih awal menyambut musim haji daripada tahun-tahun sebelumnya dan telah memakai tirai ihram baru.

Laporan IQNA, memetik Al-Madinah; penjaga Masjidil Haram, mengikut adat setiap tahun dan menjelang musim haji 1443, selepas solat Maghrib tarikh 19 Jun, dari tiga meter tirai Kaabah diangkat dan meletakkan kain putih selebar 2 meter di sekelilingnya.

Direktorat Umum Al-Masjid Al-Haram mengumumkan bahawa beberapa jam selepas Adzan Maghrib pada petang Ahad, kain linen putih diletakkan di keempat-empat sisi Kaabah, semasa jemaah ziarah umrah sedang beribadat melaungkan kalimah Talbiyah; "...لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ -Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah"- sambil bertawaf di sekeliling Batullahil Haram.

Dengan ritual adat ini, bertujuan melindungi tirai Kaabah, dalam kata lain, rumah Tuhan, seperti jemaah haji nya, bersiap dengan ihram dan berpakaian putih, dengan itu mempersiapkan hari-hari haji, yang bermula dalam masa kurang dari 20 hari.

 

 

4065334

captcha