IQNA

Watak orang dalam Al-Quran / 1

Adam (as); Lelaki pertama atau Nabi pertama?

9:31 - June 27, 2022
Berita ID: 3101198
TEHRAN (IQNA) - "Adam" (as) adalah bapa kepada manusia moden dan merupakan Nabi pertama. Manusia pertama menjadi Nabi pertama supaya manusia tidak akan pernah tanpa bimbingan.

Laporan IQNA; Nabi Adam (as) bersesuaian dengan kepercayaan Agama Nabi Ibrahim (as) Atau Din Ibrahimi; Nabi Adam adalah bapa kepada semua manusia hari ini. Menurut riwayat Islam, Adam (as) bukanlah manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bumi, tetapi ada manusia sebelumnya yang generasinya telah pupus. Manusia hari ini yang berketurunan Adam (as) tiada kaitan dengan manusia terdahulu. Al-Quran memperkenalkan Adam (as) sebagai pilihan Tuhan yang pertama:

إِنَّ اللّهَ اصْطَفَی آدَمَ وَنُوحًا وَآلَ إِبْرَاهِیمَ..

"Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing)." (Qs, A-li'Imraan 3:33).

Dan itulah sebabnya orang Islam apabila ingin menunjukkan permulaan dan akhir Nubuatan mereka akan menggunakan frasa "dari Adam hingga Khatam (SAW)". Pemilihan manusia pertama seorang Nabi (as) menunjukkan bahawa Tuhan tidak pernah meninggalkan manusia tanpa bimbingan. Nama "Adam -آدم-" disebut 25 kali dalam 9 surah Al-Quran. Dalam Al-Quran dan riwayat Islam, Adam (as) dikenal pasti dengan gelaran seperti -أبو البشر- AbulBasyar (Bapa Manusia), - خلیفة‌ الله - Khalifah Tuhan (pengganti Tuhan) dan - صفی‌ الله - Safiyullah (pilihan Tuhan).

Dalam Satu ayat merujuk kepada penciptaan manusia dari "lumpur tulen":

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسانَ مِنْ سُلالَةٍ مِنْ طینٍ

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah". (Qs, Al-Mu'minuun 23:12).

Dan dalam ayat lain mengisahkan penciptaan manusia dari tanah lumpur yang berbau;

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسانَ مِنْ صَلْصالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya." (Qs, Al-Hijr 15:26).

Ayat-ayat ini sebenarnya merujuk kepada pelbagai peringkat penciptaan tubuh - جسم - Jisim manusia yang pada permulaan tanah, kemudian ia menjadi lumpur, kemudian ia menjadi lumpur likat dan akhirnya ia menjadi badan yang kering.

Adam (as) terdiri daripada dua dimensi; tubuh dan roh: Tuhan pertama kali menciptakan tubuhnya dan kemudian meniupkan roh ke dalam tubuh dengan rohNya, Allah menghidupkan Adam. Oleh itu Manusia diciptakan dalam bentuk yang terbaik:

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسانَ فی أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)." (Qs, At-Tiin 95:4).

Dan manusia adalah satu-satunya makhluk yang Tuhan, setelah penciptaannya, telah berkata kepada dirinya sendiri:

فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

"...  Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." (Qs, Al-Mu'minuun 23:14).

Dalam salah satu ayat Al-Quran, kisah kelahiran Nabi Isa (as) dikenali sebagai kisah Adam dari segi bagaimana dia diciptakan:

إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِنْدَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

"Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia." (Qs,A-li'Imraan 3:59).

captcha