IQNA

Mengapa semua orang tidak mendapat hidayah dengan mendengar ayat-ayat Al-Quran?

8:08 - August 17, 2022
Berita ID: 3101385
TEHRAN (IQNA) - Al-Quran mempunyai kebolehan untuk membimbing semua manusia, tetapi tidak semua manusia berpandukan sumber ini dan memiliki kapasiti untuk menjadikan petunjuk bagi dirinya firman-firman ilahi, kerana syarat seseorang menggunakan petunjuk ini ialah berlaku adil, tidak degil dan tidak bermusuhan.

Laporan IQNA; Muhammad Ali Ansari, pengulas Al-Quran, di sesi tafsiran Surah Qaaf dalam talian, menyatakan beberapa perkara tentang panduan atau hidayah Al-Quran, yang boleh anda baca secara ringkasan di bawah;

وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُمْ مِنْ قَرْنٍ هُمْ أَشَدُّ مِنْهُمْ بَطْشًا فَنَقَّبُوا فِي الْبِلَادِ هَلْ مِنْ مَحِيصٍ

“Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu daripada orang-orang musyrik Makkah itu Kami telah binasakan. Kaum-kaum itu lebih kekuatannya (dan kehandalannya) daripada mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. (Meskipun demikian keadaannya) dapatkah (mereka) menyelamatkan diri?" (Qs, Qaaf 50:36).

Selepas Tuhan menurunkan ayat-ayat cemerlang tentang tiga prinsip asas; Tauhid (keesaan Tuhan), Nubuwatan (Kenabian) dan Ma'ad (hari kebangkitan) dalam Surah Qaaf, ancaman ditimbulkan di bahagian ini bersama dengan ayat-ayat sebelumnya.

Ancaman yang di satu pihak memberi harapan kepada Nabi (SAW) dan di sisi lain menakutkan orang-orang kafir dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Al-Quran.

Dalam ayat-ayat Al-Quran diterangkan sejarah tamadun terdahulu, yang memiliki puncak kuasa, dan Al-Quran menceritakan puak-puak yang berkuasa ini melakukan perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelumnya, dan kerja-kerja mereka jelas sekali dari sudut pandangan arkeologi, tetapi pada akhirnya, mereka binasa dan mereka tidak mungkin melarikan diri daripada pemerintahan Tuhan.

Setelah Allah menerangkan kisah-kisa kaum terdahulu, Anda dapat melihat ayat yang serta-merta berubah firmanNya;

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَذِكْرَى لِمَنْ كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ

“Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya." (Qs, Qaaf 50:37).

Bermaksud, sudah pasti ada peringatan yang rasional dalam apa yang telah dikatakan oleh Al-Quran untuk seseorang yang mempunyai hati atau mendorong pendengarannya untuk menyemak lebih sungguh-sungguh dan dia mesti sedang dalam keadaan menyaksikan.

Pelbagai makna ruh dan jiwa manusia
Ayat;

«لِمَنْ كَانَ لَهُ قَلْبٌ»

Perkataan "- قَلْبٌ - hati" dalam Al-Quran tidak sekali pun digunakan sebagai setara dengan hati fisiologi kita, tetapi ia digunakan sebagai nama untuk ruhani dan jiwa manusia.

Hati merujuk kepada jiwa manusia apabila aspek mendapatkan kefahaman aktif dalam kewujudan manusia.

«أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ»

Iaitu, jika dia tidak mempunyai alasan dan pemikiran, dia harus sekurang-kurangnya mendengarnya dengan serius. «وَهُوَ شَهِيدٌ» "dan dia menyaksikan"; bermaksud mendengarnya dengan kehadiran dan perhatian.

Kesaksian mempunyai tiga makna, salah satunya adalah kehadiran hati.

Ayat itu mengatakan bahawa anda harus mendengarnya dengan sepenuh hati.

Jadi maksud ayat tersebut adalah bahawa dalam apa yang dikatakan oleh Kitab Al-Quran ini mempunyai kapasiti untuk membimbing semua orang, tetapi adakah semua orang mengambil bimbingan sumber ini dan panduan hidayahNya? Tidak.

Syarat seseorang menggunakan panduan ini ialah bersikap adil dan tidak degil atau bermusuhan.

Oleh sebab itu, ayat tersebut mengatakan bahawa terdapat keupayaan dalam Al-Quran untuk menghapuskan segala kelalaian daripada kewujudan manusia, tetapi memerlukan dua perkara; satu ialah manusia itu hendaklah memerdekakan akal dan fikirannya. Kedua manusia hendaknya merenung secara bijaksana terhadap ayat-ayat Al-Quran.

captcha